1.
Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat
daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab
baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak
akan sia-sia.”
2.
Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang
soleh.
3.
Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang
yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan
Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4.
Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu
diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah
mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barang siapa yang
menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S
5.
Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah
S.A.W) di dalam syurga.
6.
Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua
anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam
pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta
bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
7.
Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak
perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi
penghalang baginya daripada api neraka.
8.
Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
9.
Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan
ibumu dahulu.
10.
Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka
dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia
kehendaki dengan tidak dihisab.
11.
Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara,
malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama
mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan
puasanya).
12.
Aisyah r.a berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih
besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda,… “Suaminya.” “Siapa pula berhak
terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah S.A.W….”Ibunya. “
13.
Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara
kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana
sahaja yang dia kehendaki.
14.
Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T
memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15.
Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap
hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16.
Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T
mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T
17.
Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa
seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18.
Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan
daripada susunya diberi satu kebajikan.
19.
Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka
Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas
untuk membela agama Allah S.W.T.
so buat kalian2 harus bangga ya sebagai wanita
Tidak ada komentar:
Posting Komentar